Matlamat Hidup Manusia


Adakah tujuan kehidupan kita itu ialah dengan kita ini mencari ilmu, kemudian bekerja, membeli kenderaan dan rumah, kemudian berkahwin dan kemudian memiliki anak, cucu dan seterusnya duduk di masjid-masjid untuk menunggu saat kematian apabila rambut mula memutih dan kulit mula berkedut...............?

Apakah tujuan hidup manusia? Adakah manusia sekadar dicipta oleh Allah Azza Wajalla untuk makan, minum dan tidur? Atau adakah manusia dicipta untuk mengumpul harta kekayaan? Atau adakah manusia itu dicipta oleh Allah Azza Wajalla untuk belajar hingga keperingkat menara gading dan kemudiannya membawa pulang gelaran Master atau Doktor Falsafah? Adakah manusia itu dijadikan Allah Azza Wajalla untuk berseronok sepuas-puasnya di dunia ini tanpa mengira siang atau malam?

Adakah kehidupan kita itu ialah dengan kita ini mencari ilmu, kemudian bekerja, membeli kenderaan dan rumah, kemudian berkahwin dan kemudian memiliki anak, cucu dan seterusnya duduk di masjid-masjid untuk menunggu saat kematian apabila rambut mula memutih dan kulit mula berkedut?

Sudah tentu penciptaan manusia ada tujuan tertentu. Allah menjadikan kita bukan untuk sia-sia sahaja. Sudah tentu juga tujuan hidup manusia itu sendiri mengarah manusia kepada kehidupan akhirat yang lebih kekal dan bukannya untuk kehidupan di dunia yang tidak kekal ini. Sebahagian Ulama' telah menggariskan empat tujuan kehidupan manusia di dunia ini. Marilah kita bersama-sama cuba melihat dan merenung tujuan hidup manusia yang digarap oleh Al Quran ini untuk mencetuskan satu anjakan baru dalam pemikiran kita insyaallah.

1. UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SAHAJA

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka BERIBADAH kepada Ku. (Az Zariyat 51:56)

2. UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi... (Al Baqarah 2:30)

3. UNTUK IQAMATUDDIN (MENEGAKKAN DIEN)

Dia telah mensyariatkan kepada kamu tentang Dien apa yang telah diwasiatkan Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: TEGAKKANLAH DIEN dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya... (Asy Syura 42:13)

4. UNTUK DIUJI OLEH ALLAH

Maha suci Allah yang ditangan Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al Mulk 67:1-2)

Labels:


-Q-



0 comments: