The Hajj - The Pilgrimage


It’s that time of the year, Muslims all over the world are getting restless. Their Home in the heart of the planet beckons them. It’s time to pay homage to the Beloved God in the House. It’s time to come Home. It’s time to come Home to the Holy Sanctuary of Kaaba. It’s time to leave all and follow Him. It’s time to abandon this illusory world and come to the House of God. It’s time for Hajj--the Pilgrimage. Those who can go will head to Mecca, those who can’t will join in the festivities of Homecoming wherever they may be by celebrating the Eid of Sacrifice.


Hajj is a commemoration of love and celebration of faith. We commemorate Abraham’s Supreme Sacrifice in love of his Beloved in Mina. We celebrate his wife Hagar’s display of unprecedented love for the infant Ishmael and her unflinching trust in the Providence in the lonely desert around Safa and Marwa. We venerate God’s Greatest Gift, the Quran by spending a day in Arafat where the final revelation was sent. We celebrate faith by coming face-to-face to the Qiblah of our prayers.

Hajj is also an act of renunciation. Muslims from every corner of the globe don their coffins--two cotton sheets--to represent their deaths to this life and head to their Primordial Home. They pay their debts, ask forgiveness of everyone, bid farewell to one and all and prepare to die to this world to live in Him. We are now ready for Hajj to the Kaaba very special place.


The Kaaba is a special place. It was the first house of worship built by the first man. God commanded Adam to make a journey. He walked umpteen months until he arrived guided by God to Mecca. Here, he was instructed to build Him a House. This was mankind’s first House of Worship. This is where we first learned to mourn our separation from our Beloved. This is where Adam shed countless tears to lament loss of paradisiacal glory. This is where we sought to seek His nearness. This is where we sought to experience His intimacy. This House is the Archetype which basks under another House situated far beyond the realm of the Visible Universe and the prison of space and serial time. This is the first act of reconciliation with our Paradisiacal Destiny in the Home of our Beloved in spite of our terrestrial sojourn.


The Kaaba is a special place. It was once lost to us but our Beloved led His Friend Abraham (may God shower him with praise) to this Sanctuary and gave him the task of restoring this House. Our father recruited his son Ishmael for the Holy Task. For months at end, father and son toiled under the searing desert sun sustained only by their burning love for the Eternal God. This choice was no random choice. Abraham was the man for the job. Every year, when men and women were to come to this blessed House, they were to come on 10th of the month of Dhul-Hijjah. This auspicious day God asked Abraham to make the Supreme Sacrifice and Abraham delivered. Allah asked His Friend to sacrifice his son Ishmael and he obliged.


Kaaba is a special place. Its foundations have been fortified by love and faith of Abraham’s family. We go there to commemorate love. We go there to celebrate faith. Abraham lived the true meaning of Surrender. He loved God, his Friend, above all. God gave him a dream where he saw himself sacrificing his son. Persistence of the dream convinced him that it wasn’t just a dream but an allusion from the Infinite. He intimated the dream to his son who readily concurred. Once it was known to be God’s Will, the son didn’t offer any excuses. It was a foregone conclusion that His Will be done. Father and son set off to the designated place. When they reached their destination, son suggested that the father cover his eyes so his love does not overwhelm him into disobeying His master. At the very moment that Abraham let loose his knife, the son was substituted with a lamb. This time and this day was made sacred. Every year, millions come this very day. Millions retrace the steps of these two in the valley of Mina, they stop where they stopped, walk where they walked and finally arrive where the Supreme Sacrifice was offered. Here, everyone offers a sacrifice in His Love and then gives it to the impoverished people of the land all the while marveling at Abraham’s burning love and faith in God that he was willing to sacrifice his most precious love. Those who can’t be here, celebrate this wonderful sacrifice wherever they may be in any part of the world. For indeed, the love of God must be celebrated.

Happy Aidil Adha from me, Rafizi.....

Ihsan dr :Saud Alhajeri

Web Religion of Islam

HADIS AKHIR ZAMAN 1



Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

がんばれましょうGANBAREMASHOU )

Posted by ラフィジ (Rafizi)

kelebihan 10 terawal zulhijjah ..


semua org org tahu bln zulhijjah merupakan bln yg teramatlah femes...
bkn skdr femes dgn sembelihan al-an3am...
malah pada bln ni semua org nk menunaikn ibadah yg memerlukan pengorbanan yang sgt bsr..
iaitu MENUNAIKAN HAJI di BAITULLAHILHARAM...

oleh kerana kita msh lg xmampu utk menunaikn hj dr segi rohaniah mahupun jasmani..
jgnlah kita bersedih...
ALLAH TAALA maha adil lg maha bijaksana...
kelebihan awal 10 zulhijjah xkurang bandingannya dgn klbhn mlm al-qadar ramadhan

petikan dr blog ustaz salman maskuri


Samada sedar atau tidak…dalam kesibukan kita menjalani rutin kehidupan…kita sekarang telah pun berada dalam bulan yang terakhir bagi tahun 1428 hijriah.Ini bermakna sekali lagi pada tahun ini kita diberi peluang untuk mengutip kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan ini…

Diantara kelebihan2 10 hari ini adalah seperti berikut:-

1. sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”(Hr Bukhari)


Ini menunjukkan ape2 amalan yg bukan jihad didalam 10ZH terawal lebih baik dari berjihad di mase2 yg lain melainkan jihad yg disebut oleh Nabi diatas.

2. Disunatkan memperbanyakkan zikir pd sepuluh hari tersebut. Firman Allah s.w.t:

"Dan mereka menyebut nama Allah pada hari yg tertentu" (28: al-Hajj)
Hari2 tertentu adalah sepuluh zul hijjah yg terawal menurut kebanyakan para ulama.

Dalam hadis telah menyebut:

"Tidak ade hari2 yg lebih hebat disisi Allah dan tidak ada amalan yg lebih disuka dilakukan pada masa tersebut melainkan 10 hari terawal zulhijjah . Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid."(HR Ahmad)

Ulama telah berkata:
Himpunan sepuluh terawal zulhijjah ini lebih baik baik daripada sepuluh terakhir ramadan sekalipun terdapat semalam dlm bulan ramadan (lailatul qadar) yg tidak dapat ditandingi oleh malam2 lain.

3. Diantara kelebihan semalam ini adalah Allah telah bersumpah dgn malam2 ini:

Firman Allah s.w.t: "Dan demi waktu fajar. dan demi malam2 yg sepuluh"(Al-Fajr: 10)

Nabi bersabda: "Sepuluh malam (dlm awal surah al-Fajr) adalah 10 hari terawal zulhijjah, ganjil adalah hari arafah dan genap adalah 4 hari yg disunatkan dilakukan ibadah korban (10-13zulhijjah)."(Hr Ahmad dan Nasaie)

Ulama telah berkata 10 malam ini adalah malam2 10 zulhijjah yg terawal.

4. Diantara kelebihan 10 hari ini adalah penutup bagi bulan2 tertentu dalam firman Allah:

Firman Allah: "Ibadah haji adalah dilakukan pada bulan2 tertentu"(Al-Baqarah: 197)

5. 10 hari ini adalah hari2 tertentu yg disebut al-Quran; dimana disyariatkan supaya kita menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah mempermudahkan sebagai makanan bagi manusia.

Firman Allah s.w.t:
"Dan serulah hai Ibrahim kepada hamba2ku supaya mereka menunaikan haji. Org2 yg pergi haji akan datang kepadamu dgn berjalan kaki dan menunggang unta yg kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk tempat yg jauh, supaya mereka mendapat manfaat bg mereka. Dan mereka menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang pd hari2 yg tertentu sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah berikan kepada mereka. Maka makanlah sebahagian daging binatang korban dan berilah kepada org yg susah lagi faqir. (27 dan 28: al-Hajj)

Kesimpulan: Marilah kita hidupkan 10 hari ini dgn amalan yg mulia sperti berzikir, puasa, solat malam dan sebagainya. Yg lebih penting kita melakukan kefarduan dgn smpurna dan meninggalkan kemaksiatan yg menyebabkan kita jauh dgn tuhan.

Rujukan: Tafsir al-Wadih oleh Sobuni dan latoiful maarif oleh Ibnu rajab.

Ayu Amiza Abdul Malik

3rd year Kasr El-Ainy Medical School,
Cairo University, Cairo,


by : tim790

Indahnya dlm Pembentukan Halaqah


ak dpt e-mail dr seorg shbt,
ku merasakan ia amatlah menarik n agk tertembak..
mari sama2 renungkan ....



"Usrah itu dimulakan dengan
Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.


Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...


Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".


Kataku,"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?


"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)

Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)

Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)

Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan- permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

by : tim790

full crd to : kucingparsis PERUBATAN CAIRO





Pernah satu ketika orang bertanya kepada Hassan Al-Basri, katanya: "Apakah rahsia zuhud tuan dengan mengetepikan dunia?". Hassan Al-Basri menjawab: "Ada 4 perkara iaitu;

1. Aku tahu rezekiku tidak diambil orang, maka hatiku pun menjadi tenang dan tenteram serta lapang

2. Aku tahu bahawa amalanku tidak akan dilakukan oleh orang lain, maka aku pun terus mengamalkannya

3. Aku tahu bahawa Allah sentiasa mengawasiku, lalu aku pun merasa malu jika Dia mendapati aku melakukan maksiat

4. Dan aku tahu bahawa maut sentiasa menantiku, lalu aku pun menyediakan bekalan untuk menghadap Allah SWT.


by : tim790
crd to : intan baiduri HUSM





menjenguk sebentar menziarahi sahabat2 ku xD...


assalamualaikum w.b.t,

kehdpn shbt2 yg lme dh ak xjumpe..
hr ni ak menjenguk sebentar ke ruangan kita bersama..
ak xde la nk ckp paper..
dlm kesibukankorunx xm ni..
ak sje menjenguk sebentar...
sambil2 wish haPPy xMs..

ALL d'BEST buat korunx...
semoga ALLAH senantiasa mencurahkn rahmat n rahimNYA..
membantu n membimbing kalian dlm berjuang di atas paper xms xD..

ak dpt la stu e-mail ni...
sayu dgr kisah dier cter...
mampukh kite berusha ape yg diushakn watak ibu n ayh dlm cte ni...

begini ia bermula.....

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri
sebuah
usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini
sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke
semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam
.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumurlingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah,

ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi
salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji
ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini
menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang
dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.


Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah
menyangka
dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk
ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua
berumur
13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di
tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).. Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga)
di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang
mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat
sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak..
.
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang
anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang
disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah
dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat
masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini
menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua.

by : tim790
full crd to
: nur afifah ahmad , PERUBATAN CAIRO