assalamualaikum w.b.t,
kehdpn shbt2 yg lme dh ak xjumpe..
hr ni ak menjenguk sebentar ke ruangan kita bersama..
ak xde la nk ckp paper..
dlm kesibukankorunx xm ni..
ak sje menjenguk sebentar...
sambil2 wish
haPPy xMs..
ALL d'BEST buat korunx...
semoga ALLAH senantiasa mencurahkn
rahmat n rahimNYA..
membantu n membimbing kalian dlm berjuang di atas paper xms xD..
ak dpt la stu e-mail ni...
sayu dgr kisah dier cter...
mampukh kite berusha ape yg diushakn watak ibu n ayh dlm cte ni...
begini ia bermula.....
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri
sebuah
usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini
sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini...
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke
semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua,
salah seorang adiknya yang berumurlingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah,
ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi
salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji
ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini
menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang
dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah
menyangka
dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk
ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua
berumur
13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di
tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).. Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga)
di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang
mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat
sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak..
.
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang
anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang
disampaikan.
Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah
dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat
masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini
menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua.
by : tim790
full crd to :
nur afifah ahmad , PERUBATAN CAIRO
0 comments:
Post a Comment